Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Saturday, January 8, 2011

ADA KA PATUT BOLEH TERSALAH PELUK BINI ORANG?

ADA KA PATUT BOLEH TERSALAH PELUK BINI ORANG?


Assalamualaikum Jelitawans dan Mr Jelitawans yang dihormati,
ini kisah seorang insan yang terpilih.
Buat masa ini, saya selalu ke rumah kakak saya yang berhampiran apabila suami out station. Selalunya saya bermalam kerana saya takut tinggal keseorangan di rumah. Takut hantu, takut orang mengintai dan bermacam takut lagi. Kakak pulak memang suka saya ke rumahnya sebab boleh tolong dia masak, kemas rumah dan jaga anak – anaknya yang berusia 5 bulan dan 2 tahun. Kakak saya bekerja. Anak – anak dihantar ke pengasuh. Dengan adanya saya, anaknya ditinggalkan dengan saya. Yang menjadi masalah, kebelakangan ini suami kakak saya lain macam saja dengan saya. Dia bekerja shift. Kadang – kadang tinggal kami berdua dengan anak – anaknya saja. Bila budak – budak itu tidur siang, saya sudah mula risau. Dia pernah memeluk saya dari belakang semasa saya sedang membasuh pinggan. Saya menjerit terperanjat. Cepat – cepat dia minta maaf sebab katanya dia tersalah peluk. Dia ingat kakak saya.
Kali ke dua, saya tertidur di bilik anak – anaknya. Tiba – tiba saya merasa badan saya diraba..apa lagi saya menjerit semaksima yang mungkin. Terbangun semua anak – anaknya dan mereka menangis terkejut. Dia lagi! Saya menjerit marah dan menyepak alat sulitnya. Terbongkok – bongkok dia meminta maaf dan merayu agar saya tidak memberitahu kakak saya. Katanya dia mamai. Dia ingat dia peluk kakak saya.
Mamai kepala hotak dia! Ini siang hari bukannya malam. Walau pun saya adik beradik seibu sebapa dengan kakak saya, tapi rupa kami tak sama. Bentuk badan berlainan. Kakak saya kurus tinggi orangnya. Saya pulak , rendang dan berisi. Saya gertak dia , kalau dia buat lagi tak senonoh dnegan saya, saya akan repot suami. Saya akan beritahu kakak dan mak ayah.
Mulai hari itu, saya tak pijak lagi kaki ke rumah kakak saya. Kakak saya hairan. Suami pun hairan. Saya tutup mulut kemas – kemas. Tak sampai hati memberitahu perbuatan durjana abang ipar. Tak mahu runtuhkan rumahtangga kakak dan tak mahu suami saya apa -apakan jantan laknatullah itu.
Patut ke tak patut, cara saya ini? Sebab saya tak fikir saya boleh simpan rahsia ini lama – lama kerana kakak menangis – nangis mengadu dengan mak ayah sebab saya sudah tak ke rumahnya lagi.
Jelitawans dan Mr jelitawans, ada yang sudi beri nasihat kepada jelitawan ini?
Hemm..apa la…Ada ka patut boleh tersalah peluk bini orang? Tak kenal bini sendiri ka? Ini la yang orang kata, lari dari mulut harimau masuk mulut buaya. Takut orang mengintai, takut hantu, rupa – rupanya dalam rumah ada hantu buaya. Kasihan….